Aku perlu bersedia. Aku perlu belajar berdikari. Aku mahu berubah.
Tiba-tiba aku merasa sedih memikirkan sesuatu. Memikirkan tentang kesediaanku untuk menempuh suatu keadaan yang aku sangka aku telah bersedia unutuk itu. Namun tiba-tiba aku merasa seperti aku masih belum bersedia. Sungguh, aku berpikir terlalu banyak. Sepatutnya aku hanya perlu “follow with the flow”. Yang akan berlaku tetap akan berlaku. Walaupun jika apa yang berlaku itu menyakitkan atau sukar untuk diterima namun masih, ia tetap akan berlaku. Jadi aku perlu bersedia setiap masa, tak kira apa pun ketentuanNYA. Ya. Aku mesti bersedia.
Hah. Kata-kata yang ingin memberi motivasi kepada diri sendiri. Tapi memang aku perlu memotivasikan diri. Aku tidak mahu terus hidup tanpa perancangan. Sampai bila aku harus begini? Aku sedar aku banyak menghabiskan masa melayan perkara sebegini. “Bangun lah, berpijaklah di bumi nyata. Masa bermimpi sudah lama berlalu”.
Guru motivasiku selalu berkata “Do not live in the past nor the future, but live in the present.” Semua yang lepas dan akan datang banyak merunsingkan kita. Namun jika kita hanya memikirkan tentang sekarang, semuanya tidak mustahil untuk kita kecapi. Jangan banyak memikirkan perkara yang merunsingkan, just follow with the flow. Memang sangat berkait kata-kata ini.
Jadi sudahkah aku bersedia? Bersedia atau tidak, aku tetap akan tempuhinya suatu hari nanti. Dan walau apa pun yang akan terjadi, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita semua.
dikala malam yang sunyi sepi macam ni selalu membuatkan aku berfikir tentang banyak perkara. namun akhir-akhir ini seringkali perkara yang kerap aku fikirkan adalah tentang peristiwa lalu. aku benci untuk mengatakan bahawa aku menyesal dengan banyak perkara yang telah terjadi, maka aku tidak akan mengatakannya kerana aku yakin setiap yang berlaku itu biar baik ataupun buruk semuanya atas tujuan yang baik. aku mengaku, disebabkan oleh semua perkara yang telah terjadi ini jugalah aku menjadi siapa aku hari ini. terus terang memang tiada apa yang harus aku banggakan, namun tiada juga yang harus aku sesalkan. asalkan aku mampu mengambil hikmah atas setiap sesuatu itu, maka itu sudah cukup baik bagiku.
bercerita tentang masa lalu, sungguh pengalaman itu membuatkan aku bersyukur atas nikmat yang aku peroleh hari ini. walau ditawarkan dengan seribu masa yang baik sekalipun aku xkan tukarkan pengalaman ini dengan yang lain. padaku memang tepat sudah segala yang ditetapkan Allah pada setiap hambanya itu yang tidak mungkin dapat dimanfaatkan dengan lebih baik jika ditukar kepada individu yang lain. memang hebat kekuasaan Allah itu yang mengetahui setiap duduk perkara.
dan apa pun juga yang aku alami sekarang mesti aku yakini dengan hikmah terbaik yang dirancangkan kepadaku. memang aku tidak tahu apakah yang akan menjadi reaksiku, namun aku perlu ingatkan dalam hati bahawa inilah masanya untuk aku menduga jiwa. aku sangat berharap aku akan lebih berlapang dada menerima segala ketentuan. maka dengan itu amat wajarlah untuk aku memohon pertolongan pada satu satunya penolong setiaku yang takkan pernah jemu mendengar segala aduan seumur hidupku.
“kurnikanlah aku kekuatan itu, ketenangan itu, kecekalan tu, dan kebahagiaan itu.. “
Aku sedar yang semua yg berlaku, pengalaman, semuanya mematangkan manusia, mengajar kite misi dan visi hidup. seringkali juga aku menantikan satu detik yg signifikan yg mampu mematangkan aku dari terus hidup dlm kelalaian, kealpaan. Kita memang xkan tahu dan xkan dapat mengjangka bagaimanakah ketentuan yg telah ditetapkan oleh yg maha esa. namun yg pasti kita sentiasa boleh mengharapkan yg terbaik daripadanya.
Sehingga hari ini aku masih mengharap yg masa depanku cerah, tidak kira apa kondisi yg aku alami sekarang.. Masa depan yg kuharap baik sampai berakhirnya hayatku.. Walaupun aku penuh dosa, tidak pernah sempurna, sering lalai dan leka.. Namun aku masih mengharapkan yg terbaik. Mengharapkan aku diberi kekuatan, kesedaran yg mampu mengubah attitude, pemikiran dan cara hidupku.
sungguh, manusia memang kompleks. Walau hidup jauh tersasar, mereka masih inginkan yg terbaik di masa depan. Maka beruntunglah mereka yg diberi petunjuk dlm hayatnya sebelum nafas terhenti.
kesedaran memang tidak cukup untuk berubah.. Aku perlukan pendorong yg kuat yg mampu mmbuat aku menilai betapa indahnya jiwa yg mulia.. Aku berharap aku dikurniakan pendorng itu.. Walau kalau aku tidak layak memperolehnya.. Aku masih berharap..
yg maha esa memang maha mengetahui jiwa hamba hambanya.. Aku amat bersyukur jika aku mampu mengingati tujuan hidupku walau sedetik.. Kerana itu bagiku tanda aku tidak dilupakannya.. Dan aku akan lebih bersyukur bila aku dikurniakan satu detik datangnya semangat baru dlm diriku. Aku bersyukur, dgn caramu yg begitu tepat meraih kesedaranku.. Aku masih bersyukur walau jika detik itu berlalu.. Dan aku tak akan berhenti mengharap padamu agar aku dikurniakan detik yg baru..
Aku bersyukur dgn detik ini.. Semoga kau panjangkan detik ini sehingga habis nafas yg ku hembus..
Teringin nak berkata tentang cinta. Aku sebenarnya sangat tertarik dengan lagu-lagu cinta yang sering diputarkan di radio. Terutamanya lagu Indonesia yang boleh dikatakan begitu merdu alunan muziknya ditambah dengan nyanyian yang penuh perasaan. Lagu-lagu itu seperti menggambarkan perasaan cinta yang begitu damai, begitu indah suasananya.
Saat aku menulis di sini, aku ditemani dengan nyanyian lagu ku ingin selamanya nyanyian kumpulan Ungu. Ya, sebuah band dari Indonesia. Pandai sungguh pemuzik Indonesia menyusun kata-kata dan melodi menjadi satu lagu yang sungguh indah. Memang tak dinafikan, penyanyi kita pun tidak kurang hebatnya. Tapi dah memang jiwa aku sering tertarik dengan lagu dari seberang. Soal minat dan suka mana boleh ditipu. Lagu yang sedang aku dengar ini aku belum pernah dengar sebelum ini. Baru semalam aku mendengarnya di sebuah blog kawan-kawan ketika blog walking. Pertama kali dengar, aku tidak begitu tertarik dengan lagu ini. Namun setelah mendengarnya buat kali kedua sambil menghayati seni katanya, aku mula menyukai lagu ini. Menurut seni katanya, cintanya begitu setia, dan ingin mencinta selamanya.
Tapi lagu hanya sekadar lagu. Hakikatnya tiada yang begitu setia. Semasa kita mencintai, mungkin kita boleh berjanji akan setia selamanya. Tapi di dunia ini tiada yang pasti. Semuanya bergantung pada kuasa-NYA yang mengatur setiap apa yang terjadi. DIAlah yang menentukan segalanya. Manusia berubah pun dengan izin dari-NYA. Tapi memang tiada salahnya untuk kita mencuba setia. Namun jika pasanganmu tidak setia seperti kamu, janganlah kamu terlalu bersedih. Semua itu ketentuan-NYA. Manusia boleh berubah. Pernah aku baca dari facebook seorang rakan. Katanya “You can control your action, but not your destination”. Kata itu mengikut penilaian aku mungkin bermaksud yang kita boleh mengawal setiap perilaku kita, namun harus diingat, dengan izin-NYA juga lah kita dapat melakukan setiap perilaku itu. Jalan yang kita pilih adalah dengan keizinan dari-NYA. Destinasi kita, dimana kita berada, rezeki yang kita dapat, pengakhiran hidup kita. Semuanya ditangan-NYA. Redha lah dengan setiap ketentuan. Insha Allah we’ll find our way.
Maka hidup kita didunia harus dilalui tanpa menyesali setiap ujian yang berlaku. Memang lumrah manusia akan bersedih. Tetapi janganlah kita terlalu bersedih. Kerana Insha Allah all is well.
Aku juga pernah bersedih malah memang terlalu sedih. Dan syukur dengan kesedihan itu, aku sedikit berubah. Walaupun sedikit, aku masih bersyukur. Doaku semoga aku boleh menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.
Berbalik pada rasa cinta yang tidak dinafikan ada dalam setiap jiwa manusia. Kiranya apa yang ingin aku simpulkan disini ialah rasailah cinta itu seadanya. Kita manusia, tidak pernah sempurna. Jalanilah cinta dan kecewa itu seperti mana yang kamu mahu asalkan kamu tidak melupakan-NYA. Sesungguhnya jika kamu dilandasan yang betul, Insha Allah, DIA akan permudahkan jalanmu.
Untuk mengakhiri post kali ni, aku sertakan video ku ingin selamanya nyanyian band Ungu ni.. Enjoy..
Manusia memang berbeza. Sangat berbeza. Tahap marah, benci, dendam, sedih, suka, gembira, bahagia, sayang pon semua berbeza. Boleh jadi lain orang tidak mempunyai perasaan yang begitu mudah tersentuh atau lebih dikenali sebagai heartless, hati kering dan sebagainya. Walau apa pun sifat yang kita miliki, semuanya pasti ade kebaikan dan keburukan tersendiri. Bagi yang begitu peka dengan perasaannya, sudah pasti sukar baginya untuk memaafkan kesalahan orang lain kerana pedih, kecewa dan sedih yang begitu menusuk hatinya.
Terutamanya aku yang selalu khilaf. Aku yang selalu alpa dan leka. Namun aku hanya tersedar diri ini salah kepada seseorang hanya setelah mengecewakan, melukakan perasaannya. Tidak boleh kah aku peka seketika, berfikir akan tingkah laku ku yang mungkin akan menyakiti hati seseorang dan membatalkan niat melakukan kelakuan itu? Seperti aku tidak berfikir sebelum bertindak. Bagaimana dengan kelakuan seperti ini yang nak mengharapkan balasan yang baik daripada orang lain? Impossible! Makanya akulah yang harus membetulkan diri. Titik.
boleh kata post ni yang buat pertama kalinya untuk blog yang julung kalinya dicipta yang terilham hasil daripada bacaanku pada blog-blog lainnya yang pada pandanganku ada inputnya yang tersendiri.. (mukadimah tak boleh blah)
untuk memberikan tanggapan yang positif atas kehadiran blog ini maka aku harus bermula dengan sesuatu yang baik dan tidak ada yang lebih baik pada pandanganku melainkan seorang yang memiliki hati yang teramat murni. Kemurnian hatinya itu terlalu membingungkan aku yang pada pandanganku amatlah mustahil untuk seorang manusia yang telah diketahui tidak pernah sempurna memiliki sifat sebegini. Atau mungkin aku yang terlalu banyak keburukan sehingga bingung dengan kemurnian hati yang ada pada seorang ini. Sesungguhnya akulah yang sangat tidak sempurna.
jika nak dibandingkan diri ini dengan dia yang pada pandanganku jauh lebih murni hatinya maka diri ini teramatlah bersyukur kerana diberi peluang untuk berdamping disisi dia kerana atas kekurangan diri ini yang teramatlah tidak setanding dia namun masih aku dipilih untuk diberikan watak dalam hidupnya. Memang orang seperti dia sukar dicari, sukar ditemui maka sungguh bertuahlah aku menemukan seorang seperti dia. Begitu murni hatinya sehingga mampu menerima setiap arahan, teguran, dan kelakuan yang mengjengkelkan namun hanya mengadu sekadar untuk meringankan beban dihatinya. Begitu murni hatinya sehingga mampu bertahan dengan kekecewaan dan hanya menangis sekadar untuk meredakan sebak didadanya. Begitu murni hatinya sehingga mampu menempuh hidup yang sukar namun hanya mengeluh kecil sekadar untuk kembali bernafas seperti sedia kala. Begitu murni hatinya sehingga mampu menghargai setiap kebaikan tanpa ingin mengenang setiap sengsara yang pernah dialaminya. Dihatinya bagai tiada dendam, sekadar memori yang sukar untuk dilupakan.
Sedangkan aku punya banyak kekurangan yang walaupun aku sedar akan kekurangan itu namun amatlah sukar untuk aku merubahnya kerana harus diingat perubahan itu bukan hanya mengambil masa sehari tetapi mengambil sepanjang hayat untuk dilaksanakan. Kesedaran juga tidak mungkin dapat membawa kepada perubahan kerana usaha merubah itulah yang akhirnya diperlukan untuk membawa kita ke arah yang ingin dituju.
Kini aku hanya sekadar mampu bersyukur kerana diberi peluang merasai kemurnian hati seseorang dan harapanku agar dapat membaiki diri yang aku sendiri tidak tahu bila dan bagaimana ia akan berlaku. Tanpa dia mungkin aku tidak akan menyedari semua ini dan apa lagi boleh kukatakan selain bersyukur.. semoga dia sentiasa dilindungi dan berada disisi menjadi sahabat sejati..